KHASIAT CUKA EPAL
Ibarat pepatah Inggeris yang bermaksud 'sebiji epal sehari, mampu menjauhkan doktor'. Sememangnya epal mempunyai pelbagai manfaat untuk kesihatan. Epal mengandungi semua nutrien penting termasuk vitamin, serat dan mineral.
Cuka epal atau apple cider vinegar (ACV) adalah salah satu bentuk penyediaan terbaik daripada buah epal. Ia terhasil sejak zaman purba lagi dan digunakan dalam masakan serta perubatan. Islam juga menggalakkan umatnya mengamalkan penggunaan cuka epal dalam kehidupan seharian atas sebab-sebab faedah dan manfaatnya kepada kesihatan.
Terdapat pelbagai jenama cuka epal di pasaran dan sebaik-baiknya pilihlah yang mengandungi ibu cuka. Kandungan asid asetik dan air dalam cuka dihasilkan melalui proses penjerukan atau fermentasi etanol oleh bakteria asid asetik.
Selain harga yang murah, pengambilan cuka epal juga amat mudah. Hanya campurkan dua sudu cuka ke dalam air minuman. Bagi mengurangkan rasa masam, anda boleh campur dengan sesudu madu. Bagi mendapatkan hasil terbaik, amalkan minum cuka epal dua kali sehari.
Amalan ini boleh membersihkan toksin yang tersumbat dalam peredaran darah yang menyebabkan penyakit darah tinggi, jantung dan peningkatan kolestrol. Kesannya, peredaran darah akan menjadi bersih dan sihat serta mengembalikan metabolisme tubuh menjadi normal.
Selain itu, antara khasiat lain cuka epal boleh memecahkan lemak dan secara tidak langsung membantu proses penurunan berat badan. Kandungan Pectin iaitu sejenis serat dalam cuka epal membantu menurunkan kadar kolestrol jahat serta mengimbang tekanan darah dalam badan.
Cuka epal juga kaya dengan Potassi
Beta Karotin yang terdapat dalam cuka epal pula dapat memperbaharui kerosakan sel-sel tubuh akibat aktiviti radikal bebas, di samping menegang dan menganjalkan kulit.
Selain daripada itu, asid Malic juga bertindak sebagai agen anti-kulat bagi menentang jangkitan kuman, bakteria dan mikroorganisme. Penggunaan cuka epal juga dapat mengimbangi kadar asid dan alkali dalam badan, selain menghilangkan lenguh-lenguh pada sendi dan otot badan.
Kelebihan KHAL (CUKA) dan makanan Sunnah yg lainnya.
Dari Ummu Said RA dari Nabi SAW, baginda bersabda :
"Sebaik-baik hidangan ialah khal (cuka). Ya Allah berkatilah pada khal (cuka). Sesungguhnya ia adalah makanan para nabi sebelum aku. Tidak akan dilanda kemiskinan rumah yang ada khal (cuka)”. (Hadis riwayat Muslim 2052, Ibnu Majah 3318)
Apa yang lebih menarik ialah cuka termasuk dalam makanan sunnah yang diamalkan oleh Rasulullah berdasarkan hadith:
Dari Jabir bin Abdullah RA bahawa Rasulullah SAW bertanya tentang lauk-pauk kepada keluarganya. Jawab mereka :
''Kami tidak mempunyai apa-apa, kecuali cuka. Lalu Rasulullah SAW meminta dihidangkan. Setelah dihidangkan, baginda memakannya seraya berkata : Sebaik-baik lauk ialah cuka". (Hadis Riwayat Muslim)
Credit to : http://ww1.utusan.com.my/utusan/Kesihatan/20140531/kn_01/Khasiat-cuka-epal
P/S : Bagi yang berminat, sila HUBUNGI / WHATSAPP :
019-6150599
No comments:
Post a Comment