Thursday, 25 June 2015

Khasiat dan kelebihan daging kambing

KENAPA KITA TIDAK AMALKAN SUNNAH ?


Khasiat dan kelebihan daging kambing



Ramai orang kata daging kambing ini panaslah, dan macam-macam lagilah akibat makan daging kambing ni. Tetapi, tahukah anda khasiat dan kelebihan daging kambing berbanding daging lain? Baik, tanpa membuang masa dan tenaga, mari kita lihat apa yang ada dalam daging kambing ni sehingga menjadikan ia daging yang terbaik!


Mereka yang berpangkat doktor menyarankan kita supaya mengelakkan dari memakan daging kambing, kerana daging kambing boleh menyebabkan panas badan. Ada juga doktor yang mengatakan kandungan lemak dan kolesterol pada daging kambing tinggi serta seringkali daging kambing dituding sebagai penyebab darah tinggi dan sakit jantung. (stop jap, doktor hari ini juga  belajar dari buku yang ditulis oleh yahudi)

Sebenarnya, daging kambing adalah makanan kegemaran Rasulullah. Setiap sunnah nabi mesti ada kelebihannya. Oleh kerana orang barat (yahudi) tidak mahu kita ikut sunnah nabi, pelbagai kenyataan mereka keluarkan.Tetapi hakikat sebenarnya banyak sungguh manfaat, khasiat dan kesan daripada kambing sama ada memakan dagingnya atau digembala sehingga ia digelar terapi kambing. 

Daging kambing adalah daging yang paling baik

Kajian dari Persatuan Jantung Amerika menyatakan, daging kambing baik untuk mereka yang mempunyai masalah berkaitan jantung. Ini disebabkan daging tersebut tinggi kualiti proteinnya dengan nisbah kandungan lemak yang sihat. Struktur molekul daging kambing yang berbeza menjadikan daging kambing lebih mudah dihadam. 

Ia juga amat sesuai untuk mereka yang menjaga kesihatan. Bukan setakat itu sahaja, malah jika dibandingkan, daging kambing mengandungi zat besi dan kandungan potasium yang rendah kandungan mineralnya. Dagingnya lebih pejal dan lebih rendah kalori daripada daging lembu dan ayam tanpa kulit. Kesemua asid amino yang diperlukan ada di dalam daging kambing.



Daging kambing yang rendah kandungan protinnya menjadikan ia terkecuali daripada membentuk sebarang ikatan kolestrol akibat amalan pemakanan yang tidak sihat. 


Ikatan kolestrol tepu boleh dielakkan sekiranya Omega 3 terdapat di dalam darah, tetapi Omega 3 tidak mampu mengurai kolestrol yang telah terbentuk. Hanya ikatan hidrogen dan karbon (kolestrol lembut) sahaja yang boleh menguraikan ikatan hidrogen dan karbon (kolestrol kasar). Oleh itu, kolestrol yang terbentuk dalam badan tidak boleh diurai dengan sebarang bahan melainkan dengan kolestrol kambing sahaja. 

Sodium yang digunakan untuk mengawet daging serta untuk menyedapkan rasa daging akan membentuk kolestrol tepu yang halus. Biasanya kaedah ini digunakan untuk membuat daging burger. Selain itu memakan makanan yang tinggi protein yang dicampurkan dengan perasa makanan seperti MonoSodium Glutamat (MSG) juga akan membentuk kolestrol tepu yang sangat halus. Ia boleh dipam naik ke bahagian otak dan sekiranya tersekat, ia boleh menyebabkan strok . 

Pencegah Penyakit Darah Tinggi Dan Obesiti 

Kolestrol kambing boleh menguraikan kolestrol dalam darah yang menjadi punca kepada penyakit darah tinggi. Kolestrol kambing yang menguraikan darah yang tercemar dengan kolestrol tepu akan menyebabkan isipadu darah meningkat. Pesakit darah tinggi yang mengambil daging kambing akan mengalami gejala penguraian akibat peningkatan isipadu darah seperti pening. 

Walaupun daging kambing bertindak sebagai pengurai protein yang terbaik, tetapi pesakit darah tinggi yang tidak tahan dengan kesan pembongkaran penguraian ini dinasihatkan agar tidak mengambil daging kambing sebagai terapi. Tetapi bagi mereka yang tidak mengalami masalah tekanan darah tinggi dinasihatkan agar mengamalkan pemakanan daging kambing untuk mengelakkan penyakit darah tinggi. 

Lemak di bawah permukaan kulit terbentuk akibat kolestrol yang gagal dicerna oleh hati. Ia akan menyebabkan masalah obesiti (kegemukan) jika terdapat dalam jumlah yang banyak. Pesakit obesiti yang mengambil daging kambing akan mengalami masalah tekanan darah yang tidak stabil dan turut mengalami pening kepala akibat kesan pembongkaran kolestrol tepu oleh kolestrol kambing. Selain itu, daging kambing akan membakar lemak yang berlebihan dalam badan. Kesan pembakaran lemak akan mengakibatkan gejala pembongkaran seperti panas badan, berpeluh dan telinga berdengung.



Khasiat dan kelebihan daging kambing


Mencantikkan Kulit

Vitamin C semulajadi yang tidak teroksida juga terdapat dalam daging kambing. Vitamin C tidak teroksida amat penting untuk pembinaan dan ketahanan sel kulit. Vitamin C yang tidak teroksida akan menyeimbangkan dan mengurangkan bebanan fungsi hempedu serta mencantikkan kulit.



Pengambilan protein yang secara berlebihan akan menyebabkan ia tersimpan di bahagian bawah kulit akan mudah teroksida dan bertindak balas dengan sel kulit untuk membentuk tenaga. Proses ini akan mengakibatkan kulit kelihatan hangus dan gelap sekiranya berjemur di bawah sinaran matahari. Vitamin C daripada daging kambing akan memberi lebih ketahanan terhadap kulit daripada bertindak balas terhadap protein yang terkena cahaya matahari.

Mengamalkan memakan daging kambing adalah salah satu cara semula jadi untuk mendapatkan kulit yang lebih putih dan cantik.


Meningkatkan Rasa Kasih Sayang Dan Kegembiraan

Sistem darah (NW18) berkaitan dengan kawasan Thalamus (NW3). Thalamus berfungsi sebagai penjaga kasih sayang. Sistem darah yang sihat dan kuat akan memastikan bahagian Thalamus juga kuat dan membantu mewujudkan perasaan kasih sayang.

Jantung akan menjadi lebih lembut dan lancar pergerakannya apabila menerima kolestrol daging kambing. Jantung yang lembut akan mewujudkan perasaan yang gembira. Jantung yang lancar pergerakannya akan mudah tersentuh dan terpesona dengan sesuatu yang mengusik perasaannya. Oleh itu ia akan membahagiakan dan mewujudkan perasaan kecintaan (kasih sayang). 


Credit to : http://halaqah.net/v10/index.php?topic=19451.5;wap2



Wednesday, 24 June 2015

IBU MENGANDUNG : Pengurangan berat badan secara sihat selepas bersalin

Pengurangan berat badan secara sihat selepas bersalin

Bilakah saya boleh mula mengurangkan berat badan selepas bersalin?

Untuk memberikan sedikit masa bagi badan anda pulih daripada proses pelahiran dan kelahiran, tunggulah lebih kurang enam minggu sebelum anda berfikir mengenai menguruskan badan. Ingatlah bahawa bentuk badan anda mungkin sudah berubah selepas kehamilan, dan anda juga mungkin menghadapi kesukaran untuk kembali kepada berat badan sebelum hamil. 

Anda boleh mula membuat beberapa senaman ringan seperti berjalan, senaman lantai pelvis dan regangan, sebaik sahaja anda rasa cukup bertenaga. Tetapi anda harus menunggu kira-kira enam minggu sebelum mula melakukan senaman yang lebih kuat. 

Bagaimanakah saya boleh mengurangkan berat badan dengan selamat selepas bersalin?

Diet yang berkhasiat dan pelbagai akan mempercepatkan proses pemulihan selepas bersalin, dan membantu anda menghadapi cabaran sebagai seorang ibu baru. Samada anda memberi bayi anda susu badan atau susu formula, anda harus mensasarkan untuk mengamalkan diet yang sihat. Panduan umum berikut dapat membantu anda mencapai dan mengekalkan berat badan yang sihat: 


  • Jangan tinggal sarapan pagi;
  • Makan sekurang-kurangnya lima hidangan buah-buahan dan sayur-sayuran setiap hari:
  • sertakan banyak makanan berserat tinggi seperti oat, kekacang, lentil, bijirin dan biji-bijian dalam diet anda;
  • Pastikan hidangan makanan anda mengandungi makanan berkanji seperti roti, nasi dan pasta (lebih baik jika bijian penuh untuk menambah serat);
  • kurangkan makanan bergoreng, makanan segera, konfeksi, kek dan minuman bergas, yang mana mempunyai kandungan lemak dan gula yang tinggi;
  • Kawal saiz hidangan pada waktu makan dan jenis snek serta kekerapan anda mengambilnya di antara waktu makan.

Walaupun sukar untuk mengurangkan berat badan selepas melahirkan anak, penting bagi anda melakukannya, dengan berhati-hati dan perlahan-lahan. Sedikit penambahan berat sebanyak 1-2 unit BMI di antara kehamilan pun boleh meningkatkan risiko komplikasi seperti tekanan darah tinggi dan kencing manis dalam kehamilan seterusnya. Anda juga lebih berkemungkinan untuk melahirkan bayi yang lebih besar. 


Bagaimana jika saya menyusu badan?

Jika anda menyusu badan, anda memerlukan lebih sedikit kalori daripada ibu yang memberi susu formula

Oleh kerana badan anda memerlukan tenaga untuk menghasilkan susu untuk bayi, anda memerlukan kira-kira 300 hingga 500 lebih kalori setiap hari. Walau bagaimanapun, sebilangan tenaga tambahan yang diperlukan ini akan diperolehi daripada simpanan lemak sedia ada. Ini bermakna, menyusu badan boleh membantu anda mengurangkan berat badan. Ini adalah cara yang selamat untuk mengurangkan berat badan dan ia tidak mengganggu kualiti atau bekalan susu anda. Baca artikel diet sihat untuk ibu-ibu yang menyusukan untuk mendapatkan tip-tip bijak. 


Bilakah badan saya akan kembali kepada keadaan normal selepas melahirkan?

Jika anda mengamalkan diet yang baik dan berkhasiat sebelum dan semasa kehamilan, anda mungkin perlu beberapa bulan sahaja untuk mengembalikan kesemua nutrien yang telah digunakan oleh bayi anda untuk membesar dan berkembang. 

Tetapi jika anda tidak makan dengan baik sebelum dan semasa hamil atas apa-apa sebab termasuk mabuk kehamilan, alah terhadap sesuatu makanan atau apa-apa kesukaran lain berkaitan kehamilan, ia akan mengambil masa yang lebih lama, sekitar setahun atau lebih. Ia juga mungkin akan mengambil masa yang sama walaupun anda makan dengan baik. 

Ingatlah, anda baru sahaja berjaya menyelesaikan satu tugas berat yang memerlukan anda memerah segala tenaga dan nutrisi daripada badan anda. Berikan badan anda masa yang diperlukannya untuk kembali kepada bentuk asal. 

Tambahan : Petua Orang Tua : Masakan mengandungi cuka sangat baik diambil oleh ibu selepas bersalin keran cuka dipercayai dapat mengecut perut dan rahim.

Tuesday, 23 June 2015

KHASIAT DAN CARA GUNA : KHASIAT CUKA EPAL

KHASIAT CUKA EPAL


Ibarat pepatah Inggeris yang bermaksud 'sebiji epal sehari, mampu menjauhkan doktor'. Sememangnya epal mempunyai pelbagai manfaat untuk kesihatan. Epal mengandungi semua nutrien penting termasuk vitamin, serat dan mineral.
Cuka epal atau apple cider vinegar (ACV) adalah salah satu bentuk penyediaan terbaik daripada buah epal. Ia terhasil sejak zaman purba lagi dan digunakan dalam masakan serta perubatan. Islam juga menggalakkan umatnya mengamalkan penggunaan cuka epal dalam kehidupan seharian atas sebab-sebab faedah dan manfaatnya kepada kesihatan.
Terdapat pelbagai jenama cuka epal di pasaran dan sebaik-baiknya pilihlah yang mengandungi ibu cuka. Kandungan asid asetik dan air dalam cuka dihasilkan melalui proses penjerukan atau fermentasi etanol oleh bakteria asid asetik.
Selain harga yang murah, pengambilan cuka epal juga amat mudah. Hanya campurkan dua sudu cuka ke dalam air minuman. Bagi mengurangkan rasa masam, anda boleh campur dengan sesudu madu. Bagi mendapatkan hasil terbaik, amalkan minum cuka epal dua kali sehari.
Amalan ini boleh membersihkan toksin yang tersumbat dalam peredaran darah yang menyebabkan penyakit darah tinggi, jantung dan peningkatan kolestrol. Kesannya, peredaran darah akan menjadi bersih dan sihat serta mengembalikan metabolisme tubuh menjadi normal.
Selain itu, antara khasiat lain cuka epal boleh memecahkan lemak dan secara tidak langsung membantu proses penurunan berat badan. Kandungan Pectin iaitu sejenis serat dalam cuka epal membantu menurunkan kadar kolestrol jahat serta mengimbang tekanan darah dalam badan.
Cuka epal juga kaya dengan Potassi
um yang membantu proses detokfikasi harian khas untuk kecantikan kulit, mengurangkan keguguran rambut, merawat masalah kerapuhan kuku dan gigi serta masalah sinus.
Beta Karotin yang terdapat dalam cuka epal pula dapat memperbaharui kerosakan sel-sel tubuh akibat aktiviti radikal bebas, di samping menegang dan menganjalkan kulit.
Selain daripada itu, asid Malic juga bertindak sebagai agen anti-kulat bagi menentang jangkitan kuman, bakteria dan mikroorganisme. Penggunaan cuka epal juga dapat mengimbangi kadar asid dan alkali dalam badan, selain menghilangkan lenguh-lenguh pada sendi dan otot badan.
Kelebihan KHAL (CUKA) dan makanan Sunnah yg lainnya.

Dari Ummu Said RA dari Nabi SAW, baginda bersabda :
"Sebaik-baik hidangan ialah khal (cuka). Ya Allah berkatilah pada khal (cuka). Sesungguhnya ia adalah makanan para nabi sebelum aku. Tidak akan dilanda kemiskinan rumah yang ada khal (cuka)”. (Hadis riwayat Muslim 2052, Ibnu Majah 3318)
Apa yang lebih menarik ialah cuka termasuk dalam makanan sunnah yang diamalkan oleh Rasulullah berdasarkan hadith:
Dari Jabir bin Abdullah RA bahawa Rasulullah SAW bertanya tentang lauk-pauk kepada keluarganya. Jawab mereka :
''Kami tidak mempunyai apa-apa, kecuali cuka. Lalu Rasulullah SAW meminta dihidangkan. Setelah dihidangkan, baginda memakannya seraya berkata : Sebaik-baik lauk ialah cuka". (Hadis Riwayat Muslim)

Credit to http://ww1.utusan.com.my/utusan/Kesihatan/20140531/kn_01/Khasiat-cuka-epal





P/S : Bagi yang berminat, sila HUBUNGI / WHATSAPP :

 019-6150599

Sunday, 21 June 2015

INFO SIHAT : TANGANI OBESITI CARA ISLAM

TANGANI OBESITI CARA ISLAM



OBESITI oh obesiti... Isu ini tidak pernah sepi dalam masyarakat hari ini. Ia berkait rapat dengan soal pemakanan dan kesihatan. Apatah lagi Malaysia terkenal dengan syurga makanan yang menawarkan pelbagai sajian 24 jam, tanpa perlu memasak di dapur.

Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, obesiti bermaksud kegemukan yang disebabkan terdapat lemak yang berlebihan. Masalah obesiti ini berlaku kepada semua peringkat usia masyarakat. Ini adalah berkaitan dengan malnutrisi iaitu kekurangan makanan seimbang.

Untuk mengupas lebih lanjut mengenai isu tersebut, Institut Kefahaman Islam Malaysia (Ikim) dalam menyumbangkan kemaslahatan manusia, khususnya umat Islam, menganjurkan seminar sehari bertajuk Daripada Malnutrisi kepada Obesiti: Menelusuri Tabiat Makan Umat Islam di Malaysia pada 13 Ogos lalu.

Ketua Pengarah Ikim, Datuk Nik Mustapha Nik Hassan dalam ucapan perasmian seminar itu berkata, obesiti menjadi masalah kesihatan yang dihadapi di seluruh dunia.

"Ancaman obesiti sebagai faktor risiko kepada penyakit tidak berjangkit (noncommunicable disease) ternyata amat membimbangkan.

"Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menganggarkan 3/4 kematian di negara sedang membangun pada 2020 adalah disebabkan penyakit tidak berjangkit.

"Statistik menunjukkan individu yang mengalami obesiti di seluruh dunia meningkat dari 857 juta pada 1980 kepada 2.1 pada 2013," katanya.

Beliau menambah, penularan masalah obesiti kian pesat dalam masyarakat hari ini berkaitan dengan cara pengambilan makanan harian. Hampir 50 peratus orang dewasa di negara ini mengalami obes, tetapi masih tidak mempedulikannya. 

Islam adalah sistem hidup yang mengiktiraf kesihatan dalam aspek fizikal, spiritual dan mental. Berlebihan dalam pengambilan makanan tidak digalakkan dalam Islam.

Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud: "Tidak ada satu wadah (bekas) yang dipenuhi oleh anak Adam lebih buruk daripada perutnya.

Cukuplah bagi anak Adam beberapa suap makanan yang dapat menegakkan tulangnya. Jika ia harus mengisi perutnya lebih daripada itu, maka sepertiga untuk makanannya, sepertiga untuk minumnya dan sepertiga untuk pernafasannya." (Riwayat Ibnu Majah dan At-Tirmidzi)


Jangan bertuhankan perut

ALLAH SWT berfirman yang bermaksud: Dan Dialah (ALLAH) yang menjadikan (untuk kamu) kebun-kebun yang menjalar tanamannya dan yang tidak menjalar dan pohon-pohon tamar (kurma) dan tanaman-tanaman yang berlainan (bentuk, rupa dan) rasanya dan buah zaitun dan delima yang bersamaan (warnanya atau daunnya) dan tidak bersamaan (rasanya).

Makanlah daripada buahnya ketika ia berbuah dan keluarkanlah haknya (zakatnya) pada hari memetik atau menuainya dan janganlah kamu melampau (pada apa-apa jua yang kamu makan atau belanjakan); sesungguhnya ALLAH tidak suak kepada orang yang melampau. (Surah al-An'am: 141)

Dalil di atas menunjukkan kemurahan ALLAH SWT dan keluasan yang dikurniakan-Nya kepada hamba-Nya dalam soal makan minum.

Diharuskan bagi mereka memakan semua jenis makanan asalkan ia halal dan baik, tidak lupa mensyukuri-Nya, tidak berlebih-lebihan dan tidak membazir menuruti tabiat syaitan, kata Felo Kanan Pusat Kajian Syariah, Undang-undang & Politik Institut Kefahaman Islam Malaysia (Ikim), Md Asham Ahmad dalam kertas kerjanya Petunjuk al-Quran & Sunnah Dalam Soal Pemakanan & Kesihatan.

Menurutnya, halal ertinya diharuskan, yakni tidak terikat dengan larangan ataupun pengharaman.

Manakala tayyib bererti suci. Makna asalnya adalah apa yang diperoleh kelazatan dan kebaikan daripadanya. Ia merangkumi kebaikan dunia dan akhirat.

Kategori baik itu adalah makanan yang terbukti kebaikannya kepada kesihatan, berdasarkan bukti ilmiah. Dari segi nutrisi, baik buruk makanan diambil seseorang bergantung kepada banyak faktor, antaranya adalah keadaan kesihatan, cuaca, dan pekerjaan.

Oleh itu, makanan yang baik bagi seseorang belum tentu baik bagi seseorang lain. Ini termasuklah makanan diambil Rasulullah, tidak semestinya baik dan sesuai untuk semua orang dalam semua keadaan.

"Terdapat banyak hadis yang menyebut mengenai makanan tertentu dimakan oleh Rasulullah, yang Baginda gemari ataupun yang menunjukkan kepada galakan Baginda agar kita memakannya.

"Mungkin daripada hadis-hadis inilah timbul akhir-akhir ini istilah makanan sunnah yang menjadi slogan golongan peniaga dan pengeluar makanan tertentu untuk menarik perhatian pelanggan membeli dan menggunakan barangan keluaran mereka."

Antara makanan yang sering disebut sebagai makanan sunnah adalah kurma, barli, buah ara, anggur, madu, tembikai, susu, cendawan, minyak zaitun, buah delima dan cuka.

Bagaimana pula dengan makanan yang lain, daripada rezeki yang dikurniakan ALLAH kepada manusia tetapi tidak dinyatakan dalam hadis ini? Adakah makanan ini kurang keistimewaannya berbanding dengan apa yang dirujuk sebagai makanan sunnah itu?

Rasulullah tidak cerewet dalam memilih makanan. Namun sebagai manusia biasa, ada makanan tertentu yang menjadi kegemaran Baginda dan ada yang tidak suka. Baginda juga mencuba makanan yang tidak pernah makan.

Pemakanan sunnah merujuk kepada adab makan dianjurkan Rasulullah SAW adalah termasuk dalam Sunnah yang digalakkan kita mengikuti dan mencontohi kerana wujud padanya tujuan mendekatkan diri kepada ALLAH dengan mencontohi Baginda SAW.


Sunnah Rasulullah SAW

Pegawai Penyelidik Kanan, Pusat Kajian Sains & Alam Sekitar (Ikim) Norkumala Awang dalam kertas kerjanya Pemakanan & Kesihatan: Pendekatan Islami Dalam Dunia Moden berkata, makan merupakan fitrah bagi setiap manusia. Pemakanan memberi kesan kepada kesihatan dan kelangsungan hidup.  

Menurutnya, pemakanan didefinisikan sebagai zat-zat makanan berinteraksi dan bertindak-balas dengan melibatkan proses pencernaan, penyerapan, pengangkutan dan penyingkiran yang berhubung kait dengan tahap kesihatan dan penyakit (Guthrie & Pichiano, 1999).

Islam telah menggariskan panduan dan petunjuk yang komprehensif berkaitan kehidupan manusia dan juga isu saintifik berkaitan.

Penjagaan kesihatan yang ditunjukkan Nabi Muhammad SAW adalah bersifat pencegahan dan perlindungan kesihatan tubuh badan.

1. Makan secara sederhana

Setiap individu perlu mengambil makanan mengikut keperluan masing-masing. Ia bergantung kepada tahap kesihatan seseorang, jantina, umur, gaya hidup dan pekerjaan.
Ibnu Majah meriwayatkan daripada Ibnu Umar mengatakan seorang lelaki telah bersendawa di hadapan Rasulullah SAW, lalu Baginda SAW bersabda:

"Tahanlah sendawa kamu daripada kami, sesungguhnya orang yang paling lapar antara kamu pada hari kiamat adalah orang yang paling kenyang di antara kamu di dunia."
Makan berlebih-lebihan mengundang masalah obesiti dan masalah kesihatan seperti diabetes, tekanan darah tinggi, penyakit jantung dan ketidakselesaan anggota badan.

Panduan Diet Malaysia juga mencadangkan agar mengambil makanan dengan menepati prinsip keseimbangan, kesederhanaan dan kepelbagaian.

2. Makan kepelbagaian makanan dan seimbang

Menurut Ibnu Qayyim al Jauziyyah tidak pernah menjadi tabiat kelaziman Rasulullah SAW untuk memakan sejenis makanan sahaja tetapi Baginda SAW memakan pelbagai makanan.

Baginda SAW juga memakan makanan yang dimakan di negerinya seperti daging, buah-buahan, kurma atau makanan lain. Apabila Rasulullah SAW tidak menyukai sesuatu jenis makanan, maka Baginda tidak menjamahnya.

Tiada makanan yang menyediakan pelbagai zat lengkap. Justeru, setiap individu perlu mengambil pelbagai jenis makanan untuk menjaga kesihatan. 

3. Makan berjemaah atau beramai-ramai.

Daripada Ibnu Umar, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Makanlah kamu secara berkumpulan dan janganlah kamu makan secara terpisah. Sesungguhnya makanan yang disediakan untuk seorang mencukupi untuk dua orang.

Makanan yang disediakan untuk dua orang mencukupi untuk empat orang. Makanan yang disediakan untuk empat orang mencukupi untuk lapan orang." (Riwayat Muslim)
Imam Ibn Hajar berkata dalam kitab Fath al-Bari: "Sesungguhnya keberkatan semakin bertambah apabila bertambahnya bilangan orang yang turut serta berkongsi makanan tersebut."

4. Aktiviti fizikal dan kerehatan

Rasulullah SAW biasa berjalan kaki dalam aktiviti seharian. Menurut Ibnu Kathir, cara berjalan Rasulullah SAW adalah melangkah dengan cepat seperti langkah mengikut jalanan menurun.

Gaya berjalan sebegini adalah bentuk senaman aerobik dan merupakan aktiviti paling murah. Rasulullah SAW juga menganjurkan supaya mendidik anak dengan berenang, memanah dan berkuda.

Kerehatan juga diperlukan untuk menjamin kesihatan tubuh. Badan juga perlu untuk berehat setelah melakukan pelbagai aktiviti.

Oleh itu, gaya hidup sihat yang menekankan kesederhanaan dalam melakukan sesuatu aktiviti dan kerehatan akan membantu kita mencapai kecergasan fizikal dan menyumbang kepada kesihatan baik.


Manusia bukan robot

Pakar Pemakanan Kanan Institut Jantung Negara, Siti Farhath Sehu Allavudiin berkata persepsi makanan sihat dikaitkan dengan makanan organik, vitamin atau pil suplemen.

Manakala makanan sihat dari segi masakan seperti kukus atau panggang, tidak bersantan atau bergoreng.

"Kita sebenarnya banyak mempersalahkan makanan. Sebenarnya yang patut dipersalahkan adalah amalan pemakanan pengguna. Ini bukan kerana makanan mahal.

"Kita perlu bersederhana dan seimbang dalam semua aspek kehidupan kita termasuk pemakanan. Kapasiti makanan adalah mengikut keperluan individu dan jenis pekerjaannya.

"Jika ambil lebih daripada keperluan, ia akan menjadi terlebih. Dari segi jangka pendek ia tak nampak, tetapi memberi kesan untuk jangka panjang," katanya ketika membentangkan kertas kerjanya Makanan Sihat, Makanan Mahal?

Beliau menambah, manusia bukan robot, sebaliknya memerlukan kepelbagaian dalam makanan untuk sihat. Makanan merupakan pelaburan kesihatan.

Faktor berkaitan dengan kesihatan terbahagi kepada dua iaitu aset tetap (sejarah keluarga, umur dan jantina) dan aset boleh diubah (cara hidup, pilihan makanan dan senaman).

"Amalan pemakanan sihat perlu bermula dari awal. Apabila kita mengetahui sejarah kesihatan keluarga, jadi ambil langkah berhati-hati untuk menjaga kesihatan," katanya.

Antara objektif makanan sihat adalah kawal saiz makanan/hidangan; kurangkan pengambilan lemak/kolesterol; tingkatkan pengambilan serat dan air; serta kurangkan pengambilan gula dan garam.

Prof Madya Dr Zaitun Yassin dari Pusat Pemakanan Malaysia dalam perkongsian maklumat Pemakanan Sihat: Berzat, Lazat, Jimat berkata, pemakanan sihat adalah asas kesejahteraan.

Makanan membekalkan tenaga bagi menjalankan tanggungjawab dan peranan sebagai hamba ALLAH. Dalam Islam, makanan itu membentuk hati. Jika banyak makan, hati mati.

"Oleh itu, janganlah bertuhankan perut. Prinsip makan adalah untuk hidup dan beribadah, bukan sebaliknya."

Daripada Abdullah bin Umar RA meriwayatkan Rasulullah SAW bersabda: “Orang kafir makan dengan tujuh perut, manakala orang Mukmin itu makan dengan satu perut sahaja.” (Riwayat Al-Bukhari & Muslim)

Credit to : http://www.sinarharian.com.my/




Tuesday, 16 June 2015

3 Langkah Mudah untuk Kurus Cepat





Anda Nak Kurus seawal 7 Hari ? (InsyaAllah)

Dah cuba macam-macam produk, tapi yang ni memang lain dari yang biasa. Cuma guna cuka epal sahaja. Kalau biasa orang makan macam-macam pil nak kurus, makan itulah inilah yang mungkin dalam diam kita sendiri tak tahu akan bagi kesan buruk terutamanya buah pinggang. BUAH PINGGANG tau! Lepastu, kita sendiri pun tak pasti yang ubat kurus yang kita makan tu betul-betul original atau yang kat jual kat kedai jamu tu pun FAKE punya.

Meh, kami nak bagitau yang 100% NATURAL punya. Tak payah susah-susah korang nak membazirkan duit dengan ubat kurus yang dah la mahal, lepastu belum tentu sah. Mudah, ambil saja 100% NATURAL CUKA EPAL. Nampak kesan seawal 7HARI.

Caranya:

1. Ambil 2 sudu cuka epal kedalam air putih biasa. Tak perlu air panas atau suam pun.
2. Bagi kurangkan rasa masam, campur sesudu madu.
3. Niat nak kurus kerana Allah : saya nak sihat dan turun berat kerana Allah.
3. Ambil sebelum Sahur dan Selepas berbuka/Sebelum tidur.

Murah je cuma RM50 Sebotol. Kalau sebotol ni boleh juga tahan dalam 30 hari. Takat makan 4 sudu, rasanya boleh bawak sampai sebulan lebih.



Khasiat Cuka Epal:

Kalau nak tahu, cuka epal ini memBERSIHkan TOKSIN YANG TERSUMBAT di dalam peredaran darah. Toksin ini lah yang menjadi penyebab sakit jantung, darah tinggi, dan peningkatan kolestrol dalam darah.

Kedua, CUKA EPAL BOLEH MEMECAHKAN LEMAK. Haaa, ini yang kita nak dengar. Bila dah pecah lemak, secara tak langsung boleh  membantu kepada PENURUNAN BERAT BADAN.

Ketiga, cuka epal juga membantu mencantikkan kulit, membantu mengurangkan keguguran rambut, merawat masalah kerapuhan kuku dan gigi serta masalah sinus.

Seterusnya, cuka epal pula dapat memperbaharui kerosakan sel-sel tubuh akibat aktiviti radikal bebas, di samping menegang dan menganjalkan kulit

Banyak sangatlah bagusnya. Bukan susah sangat pun kan, dah 100% Natural Cuka Epal ini.

Testimoni Cuka Epal: http://on.fb.me/1R3s2lW

Untuk mendapatkan cuka kurma ini secara online, boleh hubungi kami di talian sms/whatsapp 0196150599.